I always recommended BlueHost Reviews for my clients. How to find the best web hosting service for business websites.

Rules of Benevolent Fund

PERATURAN 1 - NAMA

i) Tabung ini hendaklah dinamakan Tabung Kebajikan Kesatuan Sarawak Bank Employees' Union.

ii) Tabung Kebajikan ini hendaklah disebut selepas ini sebagai "Tabung" dan Kesatuaan Sarawak Bank Employees' Union sebagai "Kesatuan" sahaja.

PERATURAN 2 - TUJUAN

Tabung ini ditubuhkan bagi tujuan-tujuan berikut:-

i) untuk membolehkan penama ahli atau waris ahli yang sah mendapat bantuan apabila berlaku kematian ahli itu;

ii) untuk memberi faedah bersara kepada ahli-ahli; dan

iii) untuk memberi bantuan biasiswa kepada ahli-ahli dan anak-anak ahli.

PERATURAN 3 - AHLI

i) Semua ahli Kesatuan ini dengan sendirinya menjadi ahli Tabung Kebajikan ini.

ii) Seseorang ahli Kesatuan ini yang berhenti menjadi ahli Kesatuan dengan sendirinya terhenti dari menjadi ahli Tabung ini. Seseorang ahli yang terhutang yurannya selama tiga bulan atau lebih tidak berhak menerima apa-apa faedah yang ditentukan dalam Peraturan Peraturan ini.

iii) Setiap ahli Tabung ini akan diberi salinan sijil keahlian Tabung Ini. Sekiranya sijil ini hilang, ahli akan diberi salinan sijil yang baru dengan dikenakan bayaran sebanyak RM2.00.

iv) Setiap ahli Tabung ini berhak menerima satu salinan Peraturan Tabung ini.

PERATURAN 4 - YURAN

i) Setiap ahli akan dikenakan bayaran yuran bulanan sebanyak RM30-00 (SK 15/6/2012(1) wef 3 January 2012) untuk Tabung ini.

ii) Penambahan didalam kadar bayaran ini akan hanya dilakukan setelah ahli yang layak, mengadakan undi sulit.

iii) Setelah menerima pembayaran yuran bulan pertama, nama ahli berkenaan akan dimasukkan kedalam buku daftar ahli.

iv) Setiap ahli akan membayar yuran bulanan sebanyak RM30-00 bersama dengan bayaran yuran bulanan keahlian Kesatuan.

PERATUTAN 5.- PENTADBIRAN

Tabung ini hendaklah ditadbirkan oleh Majlis Jawatankuasa Agung Kesatuan.

PERATUTAN 6 - SIMPANAN BANK

i) Semua wang Tabung ini hendaklah disimpan di dalam Bank yang diluluskan oleh Majlis Jawatankuasa Agung, atas nama Tabung Kebajikan, dan kira-kiranya hendaklah diselenggarakan bersama-sama oleh Yang Di Pertua, Setiausaha Agung dan Bendahari Agung Kesatuan.

PERATUTAN 7 - REKOD-REKOD

i. Bendahari Agung hendaklah menyediakan dan menyimpan buku kira-kira yang berasingan bagi Tabung ini.

ii. Buku-buku yang berikut hendaklah diselenggarakan oleh Bendahari Agung :

a) sebuah Buku Tunai;

b) sebuah Daftar Penama;

c) Sebuah Daftar pemohon-pemohon faedah kematian dan bersara yang menunjukkan nama dan butir-butir pemohon;

d) sebuah Daftar pemohon-pemohon biasiswa dengan menunjukkan nama dan butir-butir berkenaan dengan pemohon-pomonon itu;

e) sebuah Daftar yang menunjukkan tarikh dan segala butir-butir berkenaan dengan biasiswa yang deberikan kepada ahli dan anak-anak ahli;

f) buku-buku lain yang difikirkan perlu oleh Majlis Jawatankuasa Agung.

iii. Setiausaha Agung Kesatuan hendaklah menyelenggarakan segala surat-menyurat berkenaan dengan Tabung ini.

PERATUTAN 8 - PENAMA

Tiap-tiap ahli Tabung ini hendaklah melantik seorang penama. Satu borang penama seperti yang ditentukan oleh Kesatuan hendaklah dipenuhkan oleh tiap-tiap ahli dan dihantarkan kepada Setiausaha Agung. Segala pertukaran penama atau pindaan kepada butir-butir berkenaan dengan penama itu hendaklah diberitahu dengan segera kepada Setiausaha Agung. Jika tidak ada penama yang dilantik, wang faedah itu hendaklah dibayar kepada waris ahli yang sah di sisi undang-undang.

PERATURAN 9 - PERTUKARAN ALAMAT AHLI

Adalah menjadi kewajipan ahli untuk memberitahu Setiausaha Agung tentang pertukaran alamatnya. Jika gagal berbuat demikian, alamat yang ada didalam rekod adalah dianggap sebagai alamat ahli yang sah.

PERATURAN 10 - KELAYAKAN MENDAPAT FAEDAH

i. Tertakluk kepada Peraturan 3(ii) Peraturan Tambahan Tabung Kebajikan ini, Faedah-Faedah Biasiswa dan Faedah-Faedah Bersara di bawah peraturan-peraturan ini tidaklah boleh dibayar kecuali ahli itu telah mencarum kepada Tabung ini dengan tidak putus-putus selama sekurang-kurangnya 12 (dua belas) bulan (SK/15/4/2010 (1) wef 18/5/2010).

ii. Faedah-Faedah kematian pula hanya boleh dibayar setelah bermula tahun kewangan bagi tahun hadapan berikutan dangan pendaftaran Peraturan Tambahan ini.

PERATURAN 11 - FAEDAH KEMATIAN

i. Tertakluk kepada Peraturan 3(ii) pembayaran Faedah Kematian akan dibuat jika berlaku kematian ahli.

ii. Jumlah Faedah Kematian ini ialah RM2,000.00 (SK/15/4/2010 (1) wef 18/5/2010).

iii. Wang Faedah Kematian ini akan diserahkan kepada penama atau waris ahli yang meninggal dunia tidak lewat daripada 30 hari setelah dokumen dan sijil kematian ahli dikemukakan kepada Setiausaha Agung Kesatuan.

PERATURAN 12 - FAEDAH BERSARA

i. Tertakluk kepada Peraturan 3(ii) pembayaran Faedah besara akan diberi kepada;

a) ahli yang layak dan bersara;

b) ahli-ahli yang berhenti menjadi ahli Kesatuan oleh kerana dinaikan pangkat kepada satu kategori yang di luar lingkungan keahlian Kesatuan (SK 15/7/2013(1) WEF 12/4/213) atau berhenti kerja.

ii. Jumlah Faedah Bersara ialah jumlah keseluruhan yuran yang dicarumkan berserta dividen daripada nya.

iii. Jumlah dividen yang akan diberi akan ditetapkan oleh Majlis Jawatankuasa Agung yang diluluskan oleh Persidangan Perwakilan

iv. Faedah dibawah Peraturan ini tidak akan dibayar kepada ahli jika ahli itu tersingkir dari menjadi ahli kesatuan.

PERATURAN 13 - PEMBERIAN BIASISWA

i. Tertakluk kepada Peraturan ini, Majlis Jawatankuasa Agung hendaklah mengeluarkan biasisawa daripada Tabung ini pada tiap-tiap tahun kepada ahli-ahli and anak-anak ahli yang layak. Bilangan biasiswa yang dikeluarkan itu serta nilainya akan ditetapkan oleh Majlis Jawatankuasa Agung menurut timbang bicaranya.

ii. Jumlah wang yang dikeluarkan bagi tiap-tiap biasiswa hendaklah dibayar setahun terlebih dahulu, tetapi sebelum dibayar wang untuk tahun yang kedua hendaklah terlebih dahulu diperoleh laporan mengenai kemajuan, kerajinan dan kelakuan pemegang biasiswa tersebut dari Guru Besar, Pengetua, atau Pendaftar Pusat Pengajian Tinggi. Jika pada pendapat Majlis Jawatankuasa Agung laporan mengenai penuntut itu tidak memuaskan, maka biasiswa itu boleh diberhentikan.

iii. Biasiswa-biasiswa ini akan ditarik balik dengan serta merta apabila penuntut itu diberhentikan dari Sekolah, Kolej atau Pusat-Pusat Pengajian Tinggi atas alasan tatatertib atau sekiranya ibu atau bapanya terhenti dari menjadi ahli yang berhak Kesatuan ini.

iv. Majlis Jawatankuasa Agung hendaklah mengemukakan satu laporan mengenai pemberian biasiswa ini di Persidangan Perwakilan.

v. Biasiswa ini tidak boleh dikeluarkan kepada seseorang penuntut yang sedang menerima sebarang bantuan, biasiswa atau pemberian dari sumber-sumber lain.

PERATURAN 14 - AUDIT

i. Kira-kira tabung ini hendaklah diauditkan dengan cara yang sama mengikut kehendak Peraturan 15 dan 16 Peraturan-Peraturan Kesatuan.

ii. Laporan Penyata kira-kira Tabung ini yang telah di audit hendaklah dilulus oleh Persidangan Perwakilan dan satu salinan akan diberi kepada tiap-tiap ahli Tabung ini.

PERATURAN 15 - PELABURAN

i. Wang yang terkumpul dari Tabung ini yang berlebihan dan tidak digunakan untuk pembayaran Faedah-Faedah di bawah Peraturan ini akan dilaburkan untuk mendapat keuntungan-keuntungan

ii. Pelaburan wang tabung ini hanya akan dilaksanakan mengikut kehendak Akta Kesatuan Sekerja 1959, Peraturan-Peraturan Kesatuan dan setelah diluluskan oleh Persidangan Perwakilan Kesatuan.

PERATURAN 16 - PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN DALAM PERATURAN- PERATURAN TAMBAHAN

Keputusan Majlis Jawatankuasa Agung adalah muktamad mengenai perkara-perkara yang tidak dinyatakan di dalam Peraturan Tambahan ini melainkan jika dibatalkan oleh Persidangaan Perwakilan.

PERATURAN 17 - PERBELANJAAN PENTADBIRAN

Wang dari Tabung ini hanya boleh digunakan bagi membayar faedah Kematian ahli, faedah ahli bersara dan untuk mengeluarkan biasiswa mengikut syarat-syarat yang dinyatakan dalam peraturan tambahan ini. Segala perbelanjaan berhubung dengan pentadbiran Tabung ini hendak dibayar dari Tabung Am Kesatuan.

PERATURAN 18 - TUNTUTAN

Semua tuntutan yang dibuat dibawah peraturan ini hendaklah dibuat dengan mengisi borang yang tetapkan oleh Kesatuan.

PERATURAN 19 - FAEDAH YANG TIDAK DITUNTUT

Faedah Kematian dan Faedah Bersara yang tidak dituntut oleh ahli atau waris ahli akan disimpan didalam Bank untuk tempoh 2 tahun dan sekiranya ianya masih tidak dituntut setelah tamat tempoh tersebut, Majlis Jawatankuasa Agung akan memperakukan kepada Persidangan Perwakilan agar meluluskan pemindahan faedah tersebut kepada Tabung Am Kesatuan.

PERATURAN 20 - PENAMBAHAAN DAN PINDAAN PERATURAN-PERATURAN

Penambahan atau pindaan kepada Peraturan Tambahan ini tidak boleh dibuat melainkan dengan mengikut Peraturan 24 dari Peraturan-Peraturan Kesatuan dan segala tambahan atau pindaan itu tidak boleh dikuatkuasakan sehingga didaftarkan oleh Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja.

PERATURAN 21 - PEMBUBARAN

Jika Majlis Jawatankuasa Agung berpendapat bahawa disebabkan oleh kedudukan kewangan Tabung ini tidak boleh lagi diteruskan maka satu ketetapan bagi pembubarannya akan diambil dengan undi sulit oleh semua ahli yang berhak. Tabung ini tidak boleh dibubarkan dengan sukarela kecuali dengan persetujuan 75% dari ahli-ahli yang berhak mengundi. Apabila Tabung ini dibubarkan, segala tanggungan dan hutangnya diselesaikan dan bakinya, jika ada, hendaklah dipindahkan kepada Tabung Am Kesatuan

Disclaimer Statement

While every reasonable care is exercise to ensure the accuracy of the information contained in this Website,Sarawak Bank Employees' Union (SBEU) do not assume nor accept any liability or responsibility to anyone for any loss or damage that may result from any error in this Website.  We advise users to ascertain the accuracy of the information with SBEU.

Contact Us

Registered Head Office
2nd Floor Lot 79 Block B Queen's Court.
Jalan Wan Alwi 93350 Kuching, Sarawak.
Tel: 082-453027  Fax: 082-461829
Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
SOUTHERN Region Branch
2nd Floor Lot 79 Block B Queen's Court.
Jalan Wan Alwi 93350 Kuching, Sarawak.
Tel: 082-453027  H/P: 016-3448004  Fax: 082-461829
Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
CENTRAL Region Branch
3rd Floor 6E Kampong Dato 96000 Sibu, Sarawak.
Tel/Fax: 084-312748,  H/P: 012-8883752
Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
NORTHERN Region Branch
2nd Floor, Lot 2441 Block 5 MCLD Boulevard Commercial Centre 98000 Miri, Sarawak.
Tel/Fax: 085-438027   H/P: 016-8752328
Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
41J-3 (2nd Floor) Medan Jaya Jalan Tun Hussien Onn 97000 Bintulu, Sarawak.
Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Copyright © 2001-2012 Sarawak Bank Employees' Union. Design By GRITC